PROGRAM TUNAS MEKAR 2015


PENGENALAN


Projek Tunas Mekar adalah ilham Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia berkonsepkan perkongsian pintar di antara graduan, pengusaha dan pensyarah UiTM bertujuan menghasilkan manfaat kepada semua pihak terlibat. Graduan ditempatkan bersama pengusaha selama satu hingga dua tahun untuk membantu pengusaha dan mendapat pengalaman praktikal. Pensyarah UiTM pula memantau dan memberi nasihat bulanan kepada mereka.

Di bawah program ini, graduan bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan, akan dipilih menjadi working-consultant dengan pengusaha industri IKS tersebut. Ini adalah kerana, Y.A.B . Perdana Menteri percaya melalui satu kombinasi pengetahuan dan kepakaran daripada graduan dengan pengalaman daripada pengusaha, prospek untuk mencapai kejayaan adalah lebih baik. Lagipun, graduan yang lebih berminat untuk bekerja sendiri boleh melabur masa mereka dengan menyertai program ini sekiranya ingin menjadi sebahagian daripada proses menjalankan periagaan secara langsung dengan para pengusaha tersebut.

Menurut YAB Perdana Menteri lagi, walaupun industri IKS negara telah merakamkan potensi yang baik, oleh kerana pemiagaan mereka dijalankan secara kurang professional atas pelbagai sebab (teknik pemasaran yang kurang cekap, pengurusan kewangan yang kurang teratur, ketiadaan teknologi, serta masalah mendapatkan sumber manusia), banyak produk tempatan yang berpotensi tinggi dibiarkan sahaja tanpa diketahui umum. Maka dengan pembentukan projek Tunas Mekar ini, YAB Perdana Menteri berharap ianya dapat membantu memudahkan penyatuan di antara pengalaman sebenar dan kepakaran teori untuk mencapai kejayaan dan prospek bagi "wealth creation" dan pembangunan kapasiti yang lebih efektif, sekaligus membantu membangunkan taraf luar bandar.

Borang permohonan boleh dimuat turun di sini atau hubungi ;

Tunas Mekar UiTM (Perak)
Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni
Universiti Teknologi MARA (Perak)32610 Bandar Seri Iskandar Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-3742740/3742642/3742833
Faks : 05-3742112

No comments:

Post a Comment